Organisasi syarikat Pendaftaran syarikat di Malaysia

Organisasi syarikat berhad adalah sama dengan syarikat Syarikat sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga Pengarah yang memegang teraju syarikat.

Penubuhan

Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran penubuhan syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital).

Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi daripada yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad. Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan imbangan kira-kira tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun. Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah dinasihatkan supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad terlebih dahulu dan sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu menambahkan modalnya barulah mengubah bentuknya menjadi syarikat berhad.

Kelebihan

  1. Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran Saham.
  2. Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham.
  3. Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi Kewangan.

Kekurangan

  1. Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai.
  2. Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara pemegang saham dan pengurusan.
  3. Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 yang lebih ketat.
  4. Diperlukan memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata kewangan yang beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.
  5. Berbagai jenis cukai yang kena dibayar.